Susunan
Keutamaan
Susunan Keutamaan Persekutuan ialah
satu senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan
masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam.
Susunan keutamaan yang digunakan sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan
yang ke-20 telah digazet dan mula berkuat kuasa pada 22 Januari 1998 melalui
P.U. (B) 29. Susunan keutamaan ini mengandungi 70 kategori.
KEPENTINGAN
Susunan Keutamaan Persekutuan yang diselenggarakan oleh sebuah jawatankuas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Susunan Keutamaan Persekutuan ini amatlah mustahak diketahui oleh pegawai-pegawai protokol dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengendalian pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi, formal atau tidak formal. Antara kegunaan susunan keutamaan ini adalah:
KEPENTINGAN
Susunan Keutamaan Persekutuan yang diselenggarakan oleh sebuah jawatankuas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Susunan Keutamaan Persekutuan ini amatlah mustahak diketahui oleh pegawai-pegawai protokol dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengendalian pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi, formal atau tidak formal. Antara kegunaan susunan keutamaan ini adalah:
- Menyusun tempat duduk bagi
pelbagai majlis formal;
- Menyusun atur cara pelbagai
majlis;
- Menyusun bendera-bendera negeri
di Malaysia;
- Tertib ketibaan tetamu kenamaan
dalam majlis formal;
- Tertib kepulangan tetamu
kenamaan dalam majlis formal; dan
- Penyampaian ucapan.
Susunan keutamaan yang digunakan
sekarang ialah Susunan Keutamaan Persekutuan yang ke-20. Susunan Keutamaan ini
telah digazet dan mula berkuat kuasa pada 22 Januari 1998 melalui Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42 No. 2 P.U. (B) 29 bertarikh 22 Januari 1998. Susunan
keutamaan ini mengandungi 70 kategori seperti berikut:
- Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong
- Raja Pemaisuri Agong
- Raja dan Pemangku Raja (negeri
lain)
- Yang Dipertua Negeri
- Bekas Pemaisuri Agong yang
menerima saraan diraja daripada kerajaan persekutuan
- Perdana Menteri
- Timbalan Perdana Menteri
- Bakal Raja (Tengku Mahkota /
Raja Muda)
- Ahli Darjah Utama Seri Mahkota
Negara (D.M.N.)
- Ahli Seri Maharaja Mangku
Negara (S.M.N.)
- Ahli Seri Setia Mahkota
(S.S.M.)
- Dato' Undang Yang Empat Negeri
Sembilan dan Tengku Besar Tampin
- Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan
- Yang Dipertua Dewan Negara
- Yang Dipertua Dewan Rakyat
- Bekas Perdana Menteri
- Bekas Timbalan Perdana Menteri
- Ahli Jemaah Menteri
- Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua
Setiausaha Negara
- Menteri Besar dan Ketua
Menteri
- Peguam Negara
- Panglima Angkatan Tentera
- Ketua Polis Negara
- Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam
- Timbalan Menteri
- Timbalan Yang Dipertua Dewan
Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
- Pesuruhjaya Tinggi, Duta Besar,
Menteri yang mutlak, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-kuasa Usaha
- Presiden Mahkamah Rayuan
- Hakim Besar Mahkamah Tinggi di
Malaya
- Hakim Besar Mahkamah Tinggi di
Sabah dan Sarawak
- Ketua Pembangkang dalam
Parlimen
- Hakim Mahkamah Persekutuan
- Hakim Mahkamah Rayuan
- Setiausaha Parlimen
- Bekas Ketua Setiausaha Negara
- Pegawai Gred Utama Turus I, II
dan III
- Bekas Peguam Negara
Bekas Panglima Angkatan Tentera
Bekas Ketua Polis Negara - Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan
di bawah Perlembagaan Persekutuan
- Hakim Mahkamah Tinggi
- Pengerusi Tribunal Perkhidmatan
Awam
- Pesuruhjaya Kehakiman
- Ketua Audit Negara
- Gabenor Bank Negara
- Datuk Bandar Kuala Lumpur
- Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan
- Mufti Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
- Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
- Datuk Paduka Maharajalela
- Ahli Panglima Mangku Negara
(P.M.N.)
- Ahli Panglima Setia Mahkota
(P.S.M.)
- Profesor Diraja
- Ahli Panglima Jasa Negara
(P.J.N.)
- Ahli Panglima Setia Diraja
(P.S.D.)
- Timbalan Menteri
Besar/Timbalan Ketua Menteri
- Speaker Dewan Undangan Negeri
- Ahli Dewan Negara
- Ahli Dewan Rakyat
- Pegawai Gred Utama 'A' dan
Pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya
- Panglima Tentera Darat
- Panglima Tentera Laut
- Panglima Tentera Udara
- Timbalan Ketua Polis Negara
- Ketua Setiausaha Kementerian
- Naib Canselor Universiti
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri dan Menteri Negeri di Sabah/Sarawak
- Pegawai Gred Utama 'B' dan
pegawai tentera dan polis yang setaraf dengannya
- Pengerusi Badan Berkanun
Persekutuan dan Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred
Utama 'B' dan ke atas
- Wakil Tempatan dalam
Bangsa-Bangsa Bersatu
- Pegawai Gred Utama 'C', Pegawai
Tentera dan Polis dan Ketua Badan Berkanun yang setaraf dengannya.
- Ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri
- Ahli Johan Mangku Negara
(J.M.N.)
- Ahli Johan Setia Mahkota
(J.S.M.)
- Ahli Johan Setia Diraja
(J.S.D.)
- Pegawai Gred I, Pegawai Tentera
dan Polis dan Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya
- Setiausaha Politik
- Pegawai Gred II dan pegawai
tentera dan polis yang setaraf dengannya
No comments:
Post a Comment